Thursday 12 January 2012

Aku Daki Tangga Yang Aku Bina

KESUSAHAN,
antara perkara yang amat manusia takuti,
dalam fikiran mereka cuma kesenangan,
mungkin kerana terlalu dilimpahi dengan wang ringgit harta itu ini,
tidakkah mereka fikir masih terdapat lagi orang yang susah tidak berduit,
rumah pun hanya bernyalakan lampu pelita,
sedangkan mereka yang senang ini duduk goyang kaki dirumah sambil diterangi lampu yang terang,
tetapi tidak pernah bersyukur dengan apa yang diperolehi,
cube kita berfikir sejenah pinjam akal fikiran anda sebentar,
apa yang dilakukan oleh saudara seislam kita yang berada jauh nun disana,
di sebuah negara bergolak,
makan pun mereka catu bergilir-gilir,
kita yang senang ini tak nak tidak suka buang, tidak kena dengan pandangan mata buang,buruk sedikit buang,
apa semua ini ?!
marilah wahai sahabat,
sama-sama kita merenung jangan terlalu asyik dengan kealpaan dunia .

INGAT MANUSIA YANG SENTIASA DILIMPAHI KESENANGAN ALLAH SEDANG MENDUGANYA . DENGAN ITU KUATKAN SEMANGAT BANYAKKAN IBADAH . KEKALKAN SOLAT :)

No comments:

Post a Comment